Raut wajah seseorang bukanlah menggambarkan sifat peribadi seseorang itu secara keseluruhannya. Situasi yang sama berlaku pada watak tokohku ini, beliau seorang yang mempunyai raut wajah yang lembut dengan air muka yang bersih, sebersih embun pagi tetapi malangnya sikap beliau tidak sama dengan raut wajahnya itu. Tokohku ini akan aku gambarkan sebagai seorang yang menjaga auratnya, bijak dalam pelajaran tetapi mempunyai nilai kemanusiaan yang rendah, tidak pandai bergaul dalam masyarakat sekeliling, panas baran dan pentingkan diri sendiri. Dalam kehidupan ini keadaan ini merupakan satu lumrah dalam perjalanan hidup kita kerana tiada sesiapa pun yang sempurna, setiap manusia pastinya mempunyai kelebihan dan keburukan masing - masing.

No comments:
Post a Comment