Tuesday, 4 December 2012

PENCARIAN BERAKHIR

aku rasa malam ini aku telah pun menemui pencarian tokoh yang sesuai untuk aku jadikan sebagai watak dalam cerpenku nanti. Tokoh yang aku gambarkan dalam cerpen ini sebenarnya tiada kaitan dengan sesiapa pun tetapi aku percaya tokoh ini wujud dalam realiti kehidupan manusia. Tokoh ini akan aku warnanyakan dalam pelbagai warna yang aku mahukan. Hari ini baru aku sedar bahawa dengan menulis cerpen ini, aku boleh menjadi sesiapa sahaja yang aku mahu, aku boleh mencipta watak sesiapapun sama ada ianya benar - benar wujud dalam alam nyata ataupun tidak dan dengan penulisan cerpen ini juga aku boleh menerawang ke dunia mana sahaja yang aku inginkan tetapi aku sedar bahawa penulisan cerpen yang baik mestilah mengikut lunas - lunas Islam yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment